12 May 2014

Kempen Sayangi Buku Teks




 Kempen Sayangi Buku Teks


Kempen ini bertujuan untuk menyemai sifat hargai buku teks di kalangan pelajar seterusnya untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang pentingnya menjaga buku teks mereka dengan sempurna kerana sejumlah wang yang besar telah dibelanjakan oleh pihak kerajaan untuk menanggung kos penerbitan buku buku teks untuk semua pelajar di seluruh Malaysia. 


Kempen ini juga adalah untuk meningkatkan tahap penggunaan  buku teks di kalangan pelajar di dalam kelas, iaitu pelajar sering kali tidak membawa buku teks semasa proses P&P berlangsung dengan alasan tidak mahu membawa beg berat ke sekolah, walhal perkongsian buku teks diantara pelajar adalah dilarang kerana setiap pelajar telah dibekalkan dengan buku teks SPBT setiap seorang.

Kempen ini akan berlangsung sepanjang tahun dan beberapa aktiviti akan di jalankan sepanjang tempoh kempen  ini. Di antara aktiviti-aktiviti yg akan dijalankan ialah:

1.      Pemeriksaan semerta di kelas – untuk memastikan buku teks tidak ditinggalkan di dalam kelas selepas waktu persekolahan.

2.     Klinik buku teks – kaunter perkhidmatan SPBT akan di buka untuk memberi perkhidmatan  membaik pulih buku SPBT.

3.      Penyeliaan buku teks – pemeriksaan fizikal dan keselamatan buku teks secara berkala yang akan dijalankan oleh semua guru SPBT.

4.      Kaunter aduan pelanggan – pelajar boleh membuat laporan penemuan atau kehilangan buku teks SPBT.



Adalah diharapkan oleh pihak sekolah, Kempen Sayang Buku teks ini mendapat kerjasama yang padu daripada semua pelajar.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Web Hosting Bluehost