15 March 2024

PROGRAM BACAAN YASIN

 



SMK MUNSHI ABDULLAH, 15 MAC - Pada setiap hari jumaat, semua warga munshi akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil dipimpin oleh pengawas sekolah. 

Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk memohon keselamatan dan kesejahteraan warganya daripada sebarang musibah. Dalam masa yang sama sebagai terapi rohani dikalangan murid - murid.








14 March 2024

PROGRAM PEMBUGARAN EMOSI



SMK MUNSHI ABDULLAH, 14 MAC - Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan program Pembugaran Emosi melibatkan murid tingkatan 2 dan tingkatan 3. program tersebut dijalankan di Dewan Munshi. Program tersebut dikendalikan oleh guru - guru Kaunseling SMK Munshi Abdullah iaitu Cikgu Muhammad Syahrul Izzan Bin Mohd Fauzi dan Cikgu Dian Azrin Binti Abdul Rahim.


 





Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program tersebut. Semoga dengan program ini mampu meningkatkan motivasi dan mendidik emosi yang sihat dikalangan murid - murid SMK Munshi Abdullah

                          




13 March 2024

BENGKEL PEMBUGARAN APDM DAN SSDM

 


SMK MUNSHI ABDULLAH, 13 MAC - Di Dewan Gemilang telah diadakan Bengkel Pembugaran Aplikasi Pangkalan Data Murid(APDM) dan Sistem Sahsiah Diri Murid(SSDM). Sasaran utama dalam bengkel ini adalah semua guru.

Tujuan bengkel Pembugaran ini diadakan adalah untuk memberi panduan kepada guru - guru terutamanya yang menjadi guru kelas untuk menyelia sistem kehadiran murid sepanjang tahun ini.




Bengkel Aplikasi Pangkalan Data Murid(APDM) di kendalikan oleh Cikgu Muhammad Fikri Amin Bin Mat Noor

Manakala Bengkel Sistem Sahsiah Diri Murid(SSDM) dikendalikan oleh Cikgu Muhammad Asraf Bin Md Lazi














PROGRAM ORIENTASI DISIPLIN




SMK MUNSHI ABDULLAH, 13 MAC - Hal Ehwal Murid SMKMA melalui Unit Disiplin telah mengadakan program Orientasi Disiplin bertempat di Dewan Munshi. Dalam program ini murid - murid diberi penerangan tentang kepatuhan disiplin diri yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan KPM sebagai rujuan utama.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah

- Menyusun atur barisan dengan betul mengikut tingkatan.

- Menyanyikan lagu NegaraKu, Negeri Selangor dan lagu sekolah

- Penerangan tentang Buku Peraturan sekolah

Program tersebut dikendalikan oleh Ketua Guru Dispilin iaitu Cikgu Mohd Lukman Bin Dawam



Murid - murid SMK Munshi Abdullah mendengar arahan


 

Ucapan daripada Cikgu Azmi Bin Sulaiman (PK HEM)




Diharapkan penerangan tentang peraturan disiplin sekolah ini menjadikan murid - murid cakna tentang tingkahlaku mereka sepanjang waktu persekolahan dan dapat membentuk sahsiah diri murid ketika diluar bersama kelompok masyarakat.


12 March 2024

PROGRAM IHYA' RAMADAN PERINGKAT SEKOLAH 1445H/2024




SMK MUNSHI ABDULLAH, 12 MAC - Unit Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Bina Insan telah mengadakan program rohani sempena bulan yang mulia bulan ramadan iaitu Program Ihya' Ramadan. Program tersebut dilaksanakan di Dewan Munshi melibatkan guru - guru dan murid - murid.

Pihak sekolah telah menjemput Ustaz Abdul Rahim Bin Zambari sebagai penceramah dalam program  tersebut.

 


Bulan Ramadhan merupakan salah satu bulan yang mulia di sisi Allah SWT. Bulan Ramadhan adalah bulan ibadah di mana puasa difardhukan kepada umat Islam yang wajib mengerjakannya. Sehubungan dengan itu kita digalakkan bersedekah,bertadarus al Quran, sembahayang sunat seperti tarawikh, qiamulail serta mengeluarkan zakat dan fitrah bagi yang berkemampuan. Oleh yang demikian , kita hendaklah mengisi bulan Ramadhan ini dengan banyak melakukan ibadah fardu dan sunat. 

Objektif program tersebut dilaksanakan
1. Menghayati tujuan berpuasa sebagai salah satu Rukun Islam. 
2. Mengamalkan tingkah laku yang baik berpandukan al Quran. 
3. Menyemaikan semangat suka bersedekah dan member bantuan kepada yang memerlukan. 
4. Bersyukur atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. 
5. Menghayati roh Ramadhan Al Mubarak sebagai pemangkin kejayaan umah. 
6. Menjadikan amalan membaca al Quran sebagai satu budaya. 


Program  tersebut dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Munshi Abdullah.


Sepanjang Program tersebut, pelbagai Aktiviti akan dijalankan seperti
1. Radio Islami
2. Kuiz Ramadan
3. Tadarus Al quran
4. Ceramah Nuzul Quran
5. Majlis Khatam Quran
6. Pertandaingan Melukis Poster Ramadan dan kad raya keatif
7. Tabung infaq ramadan 

kuiz diadakan selepas ceramah tamat





Diharap program ini akan dapat melahirkan umat yang cemerlang di dunia dan akhirat serta menjadi insan yang bertakwa disamping menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup untuk kejayaan di dunia dan di akhirat. Dengan berpuasa dan berzakat serta bersedekah akan dapat melatih pelajar membantu rakan mereka yang kurang bernasib baik.







 

11 March 2024

PELANCARAN PROGRAM HENTIKAN BULI DAN SALAHLAKU SEKSUAL

 

SMK MUNSHI ABDULLAH, 11 MAC - Di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Kempen Hentikan Buli. Program tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Tuan Iskan dar bin Muriani. 

Dalam Program tersebut, pihak sekolah telah menjemput Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Inspektor Ramaram A/L Subramaniam,Bahagian Siasatan Jenayah Dan Perundangan Daerah Sabak bernam sebagai penceramah bagi menerangkan secara menyeluruh tentang buli di sekolah. 

Dengan adanya kempen #hentikan buli ini, ianya memberikan kesedaran kepada semua warga SMK Munshi Abdullah agar cakna tentang bahayanya buli dikalangan murid - murid di sekolah.  



Ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Inspektor Ramaram A/L Subramaniam,Bahagian Siasatan Jenayah Dan Perundangan Daerah Sabak bernam.

 

Sebelum itu penerangan ringkas oleh Kaunseor sekolah iaitu Cikgu Muhammad Syahrul Izzan Bin Mohd Fauzi

   

Ucapan Pengetua SMK Munshi Abdullah iaitu Tuan Iskandar Bin Muriani dan telah merasmi program kempen tersebut.


                                      


Cenderahati yang disampaikan oleh Tuan Pengetua Kepada Penceramah




20 Murid yang berjaya hadir awal diberikan ganjaran oleh pihak sekolah






Sebagai simbolik 6 Murid menerima poster berkenaan #HENTIKAN BULI










Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Web Hosting Bluehost