SELAMAT DATANG KE BLOG SEKOLAH SMK MUNSHI ABDULLAH SABAK BERNAM
 

ARTIKEL TERKINI

Monday, February 27, 2012

SEJARAH SEKOLAH



Mempunyai dua aliran yang dikenali sebagai Darjah Menengah Kebangsaan dan Darjah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris). Kelas- kelas darjah menengah ini menumpang di tiga buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Parit Baru, Sekolah Kebangsaan Sungai Air Tawar dan Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Bagan Nakhoda Omar.
Darjah-darjah menengah yang telah mula dibuka pada 11 Januari 1965. Tiap-tiap darjah menengah yang tersebut diketuai oleh seorang guru yang dipanggil Guru Ketua.
Pada 8 Januari 1968, kelas-kelas tersebut telah dipindahkan ke bangunan sendiri seperti yang ada sekarang dan dikenali sebagai Sekolah Menengah, Sabak Bernam Barat.
Y.A.B Tun Abd Razak bin Hussein telah menyempurnakan perasmian sekolah ini pada 29 Mac 1969 dan namanya telah ditukar kepada Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Sabak Bernam Barat.
Pada tahun 1964, pihak Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan arahan agar membina sebuah sekolah menengah di kawasan DUN Sungai Air Tawar.
Ahli Jawatankuasa Bertindak telah ditubuhkan untuk menguruskan projek tersebut.

Ahli Jawatankuasa Bertindak yang dilantik adalah terdiri daripada:-
Tuan Hj. Yusuf bin Hj. Ramli - Ketua Kampung Sungai Air Tawar
Tuan Hj. Khalil bin Kasmijan - Ketua Penerangan UMNO
Cawangan Sg. Air Tawar
(Pemberita Utusan Melayu)
En. Tukiban bin Hj. Hashim - Ahli Jawatankuasa
En. Samian bin Hj. Hashim - Ahli Jawatankuasa
Tuan Hj. Anuar - Ketua Kampung Tebuk Mufrad

Mereka ini menemui Menteri Pelajaran pada masa itu iaitu Encik Khir Johari dan mengajukan usul agar sekolah yang dipohon itu dibina pada akhir tahun 1966 dan mula digunakan pada tahun 1968. Kini sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah.
Related Posts with Thumbnails