A. Masa
1. Masa bertugas guru :
Hari | Masa bertugas |
Isnin - Khamis | 7.30 pagi hingga 1.50 petang atau 7.30 pagi hingga 2.30 petang |
Rabu | 7.30 pagi hingga 3.10 petang |
Jumaat | 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari |
1.1 Guru hendaklah berada di kawasan sekolah dan merakam waktu hadir
sebelum 7.30 pagi.
2. Masa bertugas kakitangan pejabat / makmal / pekerja am :
Hari | Masa bertugas |
Isnin - Khamis | 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari / 7.30 pagi hingga 12.30 tgh 2.00 petang hingga 5.00 petang @ 5.30 petang |
Jumaat | 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari 2.45 petang hingga 5.00 petang @ 5.30 petang |
2.1 Guru-guru dan kakitangan sekolah dimestikan merakam kehadiran
bertugas dan waktu tamat bertugas.
2.2 Kegagalan kakitangan merakam kehadiran akan dianggap tidak hadir
bertugas pada hari tersebut.
2.3 Guru-guru dan kakitangan yang meninggalkan kawasan sekolah
hendaklah mendapatkan kebenaran dari pengetua dan mengisi Buku
Meninggalkan Kawasan Sekolah.Sebab untuk meninggalkan kawasan
sekolah hanyalah untuk hal berkaitan tugas sahaja,urusan peribadi
hendaklah dibuat di luar waktu sekolah.
3. " Free period "
Guru-guru hendaklah menggunakan " free period " untuk perkara-perkara yang
berkaitan dengan tugas sahaja.
4. Waktu masuk kelas
Guru-guru dimestikan berada di kelas bersama murid masing-masing mengikut
jadual waktu mengajar.
5. Aktiviti kokurikulum dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK)
Guru-guru yang bertanggungjawab untuk semua aktiviti kokurikulum dan PJK
hendaklah mengawasi perjalanan aktiviti tersebut terutamanya dari aspek
keselamatan murid di sepanjang aktiviti berjalan sehingga tamat. Guru dan
murid dimestikan memakai pakaian PJK.
B. Mesyuarat / Aktiviti Sekolah
1. Guru-guru diwajibkan menghadiri mesyuarat dan aktiviti sekolah. Guru perlu
hadir 5 minit sebelum mesyuarat / aktiviti bermula.
2. Segala urusan peribadi di luar sekolah ( contoh : jualan langsung ) dilarang
sama
sekali dijalankan di sekolah.
3. Segala arahan terhadap tugas PERLU dilaksanakan / disempurnakan pada
masa yang ditetapkan.
C. Perhimpunan / Upacara Rasmi
1. Semua guru dimestikan menghadiri perhimpunan dan acara rasmi sekolah
pada masa yang ditetapkan.
pada masa yang ditetapkan.
2. Perhimpunan Rasmi Mingguan Sekolah pada setiap hari Isnin jam 7.30 pagi
hingga 8.10 pagi.
3. Perhimpunan Rasmi Mingguan akan diselia dan diselaraskan oleh guru
Penyelaras Perhimpunan, Guru Bertugas Mingguan, Guru Pengawas dan
guru Disiplin.
4. Aturcara perhimpunan mestilah sentiasa dipatuhi seperti di bawah :
4.1 Nyanyian Lagu NegaraKu.
4.2 Nyanyian Lagu Negeri Selangor.
4.3 Nyanyian Lagu Sekolah.
4.4 Ikrar Pelajar.
4.5 Laporan Guru Bertugas Mingguan
4.6 Pengumuman / Makluman.
4.7 Ucapan Pengetua
4.8 Doa
5. Semua guru dikehendaki berada di tapak perhimpunan dan tidak berada di
dalam Bilik Guru atau di mana-mana kawasan lain di sekolah.
6. Semua guru dikehendaki berdiri tegak dan menyanyikan Lagu NegaraKu,
lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah bersama dengan murid-murid.
7. Semua aturcara perhimpunan 4.1 hingga 4.8 hendaklah diringkaskan dan
ditamatkan pada jam 8.10 pagi.
8. Murid-murid yang lewat tidak dibenarkan masuk ke dalam barisan
perhimpunan.
Murid- murid ini hendaklah dikumpulkan di luar barisan perhimpunan.
D. Pakaian
(Etika berpakaian berpandukan pada Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 tahun 1985,
Perkara 6 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,
Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 tahun 2006 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1
tahun 2008)
1. Semua guru perlu berpakaian kemas dan tidak memakai pakaian yang
mencolok mata sepanjang masa berada di kawasan sekolah.
2. Guru Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan hendaklah memakai pakaian sukan
lengkap semasa pengajaran dan pembelajaran PJK dilaksanakan.
3. Pemakaian selipar dan kasut getah adalah dilarang sama sekali di kawasan
sekolah.
4. Tanda nama WAJIB dipakai sepanjang waktu bertugas.
5. ' Make-up' dan pemakaian barang kemas yang keterlaluan hendaklah
dielakkan.
6. Memakai baju batik pada setiap hari Khamis.
E. Arahan Bertugas Di Luar Kawasan Sekolah
1. Semua guru yang mendapat arahan untuk bertugas di luar kawasan
sekolah dan terpaksa meninggalkan kelas, hendaklah meninggalkan
tugasan untuk murid-murid.
2. Semua guru dikehendaki mengisi Borang Tugasan Bertugas Luar Kawasan yang boleh di dapati di Bilik Modul. Borang ini hendaklah dimasukkan ke
dalam fail guru di Bilik Modul.
3. Ketua Kelas / Penolong Ketua Kelas akan mengambil tugasan dari fail guru berkenaan dan menyerahkan tugasan guru ganti kelas berkenaan.
4. Ketua Kelas / Penolong Ketua Kelas akan memulangkan kembali Borang
Tugasan Bertugas Di Luar Kawasan ke dalam fail guru semula setelah waktu
P d P berkenaan tamat.
F. Akhlak
Amanah, Jujur dan Ikhlas dalam menjalankan tugas haruslah dijadikan aspek
penting sepanjang menjalankan tugas.
a) Pengurusan Kewangan | · Pastikan resit penerimaan setiap pungutan yuran diserah kepada pelajar. · Penyerahan hendaklah dibuat tepat pada waktunya dengan jumlah yang betul. · Merekodkan kutipan dengan lengkap dan teratur. |
b) Pembelajaran dan Pengajaran | · Buku Persediaan Mengajar hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh pengetua setiap hari Jumaat setiap minggu. · PdP hendaklah mengikut SKPM 2011 · "1 Subjek = 1 Buku" |
c) Penilaian dan Pengujian | · Perlu dijalankan mengikut standard yang ditetapkan. · Soalan hendaklah digubal mengikut Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dengan memastikan kebolehpercayaan dititikberatkan. |