12 March 2024

PROGRAM IHYA' RAMADAN PERINGKAT SEKOLAH 1445H/2024




SMK MUNSHI ABDULLAH, 12 MAC - Unit Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Bina Insan telah mengadakan program rohani sempena bulan yang mulia bulan ramadan iaitu Program Ihya' Ramadan. Program tersebut dilaksanakan di Dewan Munshi melibatkan guru - guru dan murid - murid.

Pihak sekolah telah menjemput Ustaz Abdul Rahim Bin Zambari sebagai penceramah dalam program  tersebut.

 


Bulan Ramadhan merupakan salah satu bulan yang mulia di sisi Allah SWT. Bulan Ramadhan adalah bulan ibadah di mana puasa difardhukan kepada umat Islam yang wajib mengerjakannya. Sehubungan dengan itu kita digalakkan bersedekah,bertadarus al Quran, sembahayang sunat seperti tarawikh, qiamulail serta mengeluarkan zakat dan fitrah bagi yang berkemampuan. Oleh yang demikian , kita hendaklah mengisi bulan Ramadhan ini dengan banyak melakukan ibadah fardu dan sunat. 

Objektif program tersebut dilaksanakan
1. Menghayati tujuan berpuasa sebagai salah satu Rukun Islam. 
2. Mengamalkan tingkah laku yang baik berpandukan al Quran. 
3. Menyemaikan semangat suka bersedekah dan member bantuan kepada yang memerlukan. 
4. Bersyukur atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. 
5. Menghayati roh Ramadhan Al Mubarak sebagai pemangkin kejayaan umah. 
6. Menjadikan amalan membaca al Quran sebagai satu budaya. 


Program  tersebut dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Munshi Abdullah.


Sepanjang Program tersebut, pelbagai Aktiviti akan dijalankan seperti
1. Radio Islami
2. Kuiz Ramadan
3. Tadarus Al quran
4. Ceramah Nuzul Quran
5. Majlis Khatam Quran
6. Pertandaingan Melukis Poster Ramadan dan kad raya keatif
7. Tabung infaq ramadan 

kuiz diadakan selepas ceramah tamat





Diharap program ini akan dapat melahirkan umat yang cemerlang di dunia dan akhirat serta menjadi insan yang bertakwa disamping menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup untuk kejayaan di dunia dan di akhirat. Dengan berpuasa dan berzakat serta bersedekah akan dapat melatih pelajar membantu rakan mereka yang kurang bernasib baik.







 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Web Hosting Bluehost