SMK MUNSHI ABDULLAH, 11 MAC - Di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Kempen Hentikan Buli. Program tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Tuan Iskan dar bin Muriani.
Dalam Program tersebut, pihak sekolah telah menjemput Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Inspektor Ramaram A/L Subramaniam,Bahagian Siasatan Jenayah Dan Perundangan Daerah Sabak bernam sebagai penceramah bagi menerangkan secara menyeluruh tentang buli di sekolah.
Dengan adanya kempen #hentikan buli ini, ianya memberikan kesedaran kepada semua warga SMK Munshi Abdullah agar cakna tentang bahayanya buli dikalangan murid - murid di sekolah.
Ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Inspektor Ramaram A/L Subramaniam,Bahagian Siasatan Jenayah Dan Perundangan Daerah Sabak bernam.
Sebelum itu penerangan ringkas oleh Kaunseor sekolah iaitu Cikgu Muhammad Syahrul Izzan Bin Mohd
Fauzi

Ucapan Pengetua SMK Munshi Abdullah iaitu Tuan Iskandar Bin Muriani dan telah merasmi program kempen tersebut.
Cenderahati yang disampaikan oleh Tuan Pengetua Kepada Penceramah
20 Murid yang berjaya hadir awal diberikan ganjaran oleh pihak sekolah
Sebagai simbolik 6 Murid menerima poster berkenaan #HENTIKAN BULI