29 April 2015

KARNIVAL TERATAK PENGGUNA


Sempena Hari Pengguna Malaysia 2015, telah diadakan Karnival Teratak Pengguna yang berlangsung di SMKA Simpang Lima Sabak Bernam. Karnival tersebut dirasmikan oleh Prof Datuk DR Marimuthu Nadason (Presiden Gabungan Persatuan - Persatuan Pengguna Malaysia). Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang karnival tersebut diadakan. Antaranya Ceramah pengguna, Pertandingan Rekacipta Produk Kreatif dan lain - lain. 


SMK Munshi Abdullah telah menyertai Pertandingan Rekacipta Produk Kreatif tersebut dibawah bimbingan Pn Siti Mereyan dan Pn Siti Khalijah dan mendapat tempat pertama daripada 19 buah sekolah yang bertanding. 
Pelajar kita telah menghasilkan Tabung yang diberi nama SUPERB SAVING, alat tersebut berfungsi mengasingkan duit syiling yang simpanan mengikut nilai tertentu(5sen,10sen,20sen dan 50sen).

Dalam masa sama sekolah kita juga menduduki tempat keempat dalam Pertandingan Debat Ekonomi daripada 19 sekolah yang bertanding. 



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Web Hosting Bluehost