09 March 2015

PERKHIDMATAN PENANGGAH OLEH SYARIKAT ANNAZHOFAH TUNAS UNGGUL SDN BHD



14 Februari 2015, Syarikat Annazhofah Tunas Unggul Sdn Bhd telah menjalankan perkhidmatan pertama sebagai pembuka laluan dan cabaran kepada ahli syarikat mereka.

Perkhidmatan Penanggah mendapat perhatian daripada sebuah syarikat katering. Ahli syarikat seramai 30 orang telah memberi perkhidmatan tersebut sempena Majlis Alumni Sk Sg Samak Perak. 


Tetamu yang hadir dianggarkan seramai 2000 orang. Antara tetamu VVIP yang hadir adalah Sultan Perak dan ahli - ahli exco negeri. 

Walaupun perkhidmatan ini baru bagi mereka, namun semangat berpasukan dan rasa tanggungjawab untuk memberi perkhidmatan yang terbaik, mereka telah dapat melaksanakan dengan sangat baik.

Syabas untuk semua ahli Annazhofah Tunas Unggul dan juga senior dari Annazhofah Pintar yg sentiasa membantu. Terima kasih juga kepada Ustaz Latif yang memantau dan menjaga kebajikan anak-anak Annazhofah sepanjang aktiviti.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Web Hosting Bluehost