Bidang teknik memainkan peranan yang
penting dalam dunia pendidikan dan pekerjaan. Dekad ini menyaksikan bidang
teknik dan vokasional semakin popular dan berkembang pesat berikutan perubahan
struktur ekonami Negara dan dunia. Oleh itu sudah sewajarnya pelajar didedahkan
dengan kemahiran yang wujud dalam bidang ini. Aktiviti ini akan dijalankan bermula 9 februari hingga 13 februari 2015.
Minggu teknik dan vokasional ini
akan bagi memberi peluang kepada para pelajar mencungkil bakat dengan
melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan sepanjang minggu. Ia juga
bagi merealisasikan pengetahuan yang dipelajari dalam kelas ke alam nyata.
Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan di antara pelajar
dan guru.
Matlamat mengadakan Minggu Teknik dan
Vokasional ialah ia akan dapat memberikan
pendedahan dan memantapkan penguasaan murid dalam bidang Teknik dan Vokasional melalui aktiviti-aktiviti terancang bagi
membentuk generasi berilmu dan berpengetahuan tinggi dalam bidang teknik dan
vokasional.
Objektif minggu Teknik dan Vokasional ini diadakan
supaya pelajar dapat menimbulkan minat
serta mengukuhkan penguasaan murid dalam bidang Teknik dan Vokasional. Dalam masa yang sama mampu mencetuskan
kreativiti dan rekacipta murid melalui pertandingan-pertandingan yang
dianjurkan. Kemudian pelajar-pelajar dapat mengembangkan dan meningkatkan daya intelek
serta pemikiran rasional, kritis dan kreatif. Pelajar juga dapat mengabungjalinkan ilmu yang diperolehi dengan ilmu yang dipelajari di
dalam bilik darjah dengan aktiviti yang didedahkan di luar bilik darjah seterusnya dapat menekankan pembangunan modal insan supaya pelajar sekolah ini
memiliki minda kelas pertama.
Minggu Teknik dan Vokasional ini adalah
anjuran bersama Panitia Perdagangan ,Panitia ICT , Panitia ERT , Panitia Prinsip Akaun ,Panitia Sains Pertanian ,Panitia KHB , Panitia Ekonomi Asas , Panitia MPV-Perabot dan Panitia MPV-Reka Tanda. Aktiviti ini mensasarkan semua pelajar SMK Munshi Abdullah dari
Tingkatan Peralihan, 1 hingga 5 dan Pendidikan Khas.