24 January 2015

PROGRAM BANTUAN MANGSA BANJIR OLEH SYARIKAT ANNAZOFAH SDN BHD



Syarikat Annazhofah Sdn Bhd merupakan syarikat yang dibentuk di bawah program TUNAS NIAGA (PROTUNE) PKNS-JPNS. Dari tahun 2010, Syarikat Annazhofah Sdn Bhd mula mengorak langkah yang proaktif di bawah bimbingan Pn Siti Mereyan Bt Che Ngah dan Encik Amry Mazlin B Ahmad.




Tiga tahun berturut-turut (2012-2014)meraih kemenangan dalam beberapa kategori di peringkat KONVENSYEN USAHAWAN MUDA SELANGOR. Antara aktiviti utama syarikat yg diterajui oleh PENGARAH URUSAN dan empat orang ahli lembaga pengarah serta 20 orang ahli, adalah jualan makanan dan minuman kiosk usahawan,perkhidmatan fotografi dan studio, menu satu Malaysia, jualan di bazar ramadhan dan lain-lain. Disamping mmbuat jualan dan mendapatkan keuntungan, mereka perlu membuat sumbangan sama ada terhadap sekolah atau komuniti. Oleh yang demikian, baru-baru  ini pada 1 januari 2015 Syarikat Annazhofah Sdn Berhad dengan usahasama Jabatan Hospitaliti, Politeknik, MAYC dan SRCC Sabak Bernam telah melancarkan  :

MISI 1: KAMI PRIHATIN
Membantu mangsa banjir iaitu menghasilkan 6000 roti . Selama dua hari kami bergabung tenaga. Bantuan di hantar pada hari Sabtu bersamaan 3 januari 2015.


 











MISI 2: KAMI PRIHATIN
Memasak makanan untuk mangsa banjir dan membantu membersihkan rumah mangsa. Bergabung dengan pelajar – pelajar Jabatan Hospitaliti dan Pelancongan Politeknik Sultan Idris Shah,MAYC  dan SRCC sabak Bernam. Kumpulan kami di bahagikan kepada dua kumpulan. Sebahagian untuk memasak dan yang lain pergi membersihkan rumah-rumah mangsa dan surau.











Kami sangat berpuas hati dapat menyumbangkan tenaga dalam dua MISI KAMI PRIHATIN ini.  Badan - badan NGO juga banyak membantu kami merealisasikan MISI ini. Kami ingin merakamkan jutaan terimakasih kepada Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah, Chef Ashfi B Suhadak, En.Noor Asmadi B Mohd Yahya( sidang Parit Baharu), Pengerusi MAYC,Pengerusi SRCC Sabak Bernam, pensyarah- pensyarah politeknik,ahli-ahli kelab MAYC  dan  kelab SRCC.





Jutaan terima kasih juga kepada En Mohd Jaluli bin Hj Yahaya pengetua SMK Munshi Abdullah, PK Kokurikulum dan semua warga SMK MUNSHI ABDULLAH yang sentiasa menyokong aktiviti Syarikat Annazhofah Sdn Bhd.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Web Hosting Bluehost