04 January 2015

ETIKA KERJA


A.        Masa

1.         Masa bertugas guru :
Hari
Masa bertugas
Isnin - Khamis
7.30 pagi hingga 1.50 petang atau 7.30 pagi hingga 2.30 petang
Rabu
7.30 pagi hingga 3.10 petang
Jumaat
7.30 pagi hingga 12.30 tengahari

            1.1       Guru hendaklah berada di kawasan sekolah dan merakam waktu hadir
                        sebelum 7.30 pagi.
           
2.         Masa bertugas kakitangan pejabat / makmal / pekerja am :
                       
Hari
Masa bertugas
Isnin - Khamis
8.00 pagi hingga 12.30 tengahari / 7.30 pagi hingga 12.30 tgh
2.00 petang hingga 5.00 petang @ 5.30 petang
Jumaat
7.30 pagi hingga 12.30 tengahari
2.45 petang hingga 5.00 petang @ 5.30 petang
           
            2.1       Guru-guru dan kakitangan sekolah dimestikan merakam kehadiran
                      bertugas dan waktu tamat bertugas.
            2.2       Kegagalan kakitangan merakam kehadiran akan dianggap tidak hadir
                      bertugas pada hari tersebut.
            2.3       Guru-guru dan kakitangan yang meninggalkan kawasan sekolah
                      hendaklah mendapatkan kebenaran dari pengetua dan mengisi Buku
                      Meninggalkan Kawasan Sekolah.Sebab untuk meninggalkan kawasan
                      sekolah hanyalah untuk hal berkaitan tugas sahaja,urusan peribadi
                      hendaklah dibuat di luar waktu sekolah.

3.         " Free period "
            Guru-guru hendaklah menggunakan " free period " untuk perkara-perkara yang
            berkaitan dengan tugas sahaja.

4.         Waktu masuk kelas
            Guru-guru dimestikan berada di kelas bersama murid masing-masing mengikut
            jadual waktu mengajar.

5.         Aktiviti kokurikulum dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK)
            Guru-guru yang bertanggungjawab untuk semua aktiviti kokurikulum dan PJK
            hendaklah mengawasi perjalanan aktiviti tersebut terutamanya dari aspek
            keselamatan murid di sepanjang aktiviti berjalan sehingga tamat. Guru dan
            murid dimestikan memakai pakaian PJK.



B.        Mesyuarat / Aktiviti Sekolah

            1.         Guru-guru diwajibkan menghadiri mesyuarat dan aktiviti sekolah. Guru perlu
                        hadir  5 minit sebelum mesyuarat / aktiviti bermula.
            2.         Segala urusan peribadi di luar sekolah ( contoh : jualan langsung ) dilarang 
                        sama
                        sekali dijalankan di sekolah.
            3.         Segala arahan terhadap tugas PERLU  dilaksanakan / disempurnakan pada
                        masa yang  ditetapkan.

C.        Perhimpunan / Upacara Rasmi

            1.         Semua guru dimestikan menghadiri perhimpunan dan acara rasmi sekolah
                        pada masa yang ditetapkan.

            2.         Perhimpunan Rasmi Mingguan Sekolah pada setiap hari Isnin jam 7.30 pagi
                        hingga 8.10 pagi.
            3.         Perhimpunan Rasmi Mingguan akan diselia dan diselaraskan oleh guru
                        Penyelaras Perhimpunan, Guru Bertugas Mingguan, Guru Pengawas dan
                        guru Disiplin.
            4.         Aturcara perhimpunan mestilah sentiasa dipatuhi seperti di bawah :
                        4.1       Nyanyian Lagu NegaraKu.
                        4.2       Nyanyian Lagu Negeri Selangor.
                        4.3       Nyanyian Lagu Sekolah.
                        4.4       Ikrar Pelajar.
                        4.5       Laporan Guru Bertugas Mingguan
                        4.6       Pengumuman / Makluman.
                        4.7       Ucapan Pengetua
                        4.8       Doa
            5.         Semua guru dikehendaki berada di tapak perhimpunan dan tidak berada di
                        dalam Bilik Guru atau di mana-mana kawasan lain di sekolah.
            6.         Semua guru dikehendaki berdiri tegak dan  menyanyikan Lagu NegaraKu,
                        lagu Negeri  Selangor dan Lagu Sekolah bersama dengan murid-murid.
            7.         Semua aturcara perhimpunan 4.1 hingga 4.8 hendaklah diringkaskan dan
                        ditamatkan pada jam 8.10 pagi.
            8.         Murid-murid yang lewat tidak dibenarkan masuk ke dalam barisan 
                        perhimpunan.
                        Murid- murid ini hendaklah dikumpulkan di luar barisan perhimpunan. 



D.        Pakaian
            (Etika berpakaian berpandukan pada Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 tahun 1985,
              Perkara 6 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,
              Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 tahun 2006 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1
              tahun 2008)

            1.         Semua guru perlu  berpakaian kemas dan tidak memakai pakaian yang
                        mencolok mata sepanjang masa berada di kawasan sekolah.
            2.         Guru Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan hendaklah memakai pakaian sukan
                        lengkap semasa pengajaran dan pembelajaran PJK dilaksanakan.
            3.         Pemakaian selipar dan kasut getah adalah dilarang sama sekali di kawasan
                        sekolah.                                        
            4.         Tanda nama WAJIB dipakai sepanjang waktu bertugas.
            5.         ' Make-up' dan pemakaian barang kemas yang keterlaluan hendaklah   
                        dielakkan.
            6.         Memakai baju batik pada setiap hari Khamis.

E.         Arahan Bertugas Di Luar Kawasan Sekolah

            1.         Semua guru yang mendapat arahan untuk bertugas di luar kawasan   
                        sekolah  dan terpaksa meninggalkan kelas, hendaklah meninggalkan   
                        tugasan untuk murid-murid.
            2.         Semua guru dikehendaki mengisi Borang Tugasan Bertugas Luar Kawasan 
                        yang boleh di dapati di Bilik Modul. Borang ini hendaklah dimasukkan ke
                          dalam fail guru di Bilik Modul.
            3.         Ketua Kelas / Penolong Ketua Kelas akan mengambil tugasan dari fail guru                         berkenaan dan menyerahkan tugasan guru ganti kelas berkenaan.
            4.         Ketua Kelas / Penolong Ketua Kelas akan memulangkan kembali Borang
                       Tugasan Bertugas Di Luar Kawasan ke dalam fail guru semula setelah waktu
                       P d P berkenaan tamat.          

F.         Akhlak
            Amanah, Jujur dan Ikhlas dalam menjalankan tugas haruslah dijadikan aspek 
            penting sepanjang menjalankan tugas.

a)  Pengurusan
     Kewangan
·  Pastikan resit penerimaan setiap pungutan yuran diserah kepada pelajar.
·  Penyerahan hendaklah dibuat tepat pada waktunya dengan jumlah yang  
   betul.
·  Merekodkan kutipan dengan lengkap dan teratur.
b)  Pembelajaran
     dan Pengajaran
·  Buku Persediaan Mengajar hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh     
   pengetua setiap hari Jumaat setiap minggu.
·  PdP hendaklah mengikut SKPM 2011
·  "1 Subjek = 1 Buku"
c)  Penilaian dan
     Pengujian
·  Perlu dijalankan mengikut standard yang ditetapkan.
·  Soalan hendaklah digubal mengikut Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 
   dengan memastikan kebolehpercayaan dititikberatkan.



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Web Hosting Bluehost