30 December 2014

MESYUARAT GURU 1 DAN MESYUARAT HEM 1 UNTUK SESI 2015


Tuan Pengetua (tengah)  mempengerusikan mesyuarat guru


Seperti kelaziman setiap kali akhir tahun mesyuarat guru akan dijalankan. Pada hari ini SMK Munshi Abdullah telah mengadakan Mesyuarat Guru I dan Mesyuarat HEM I yang dipengerusikan oleh Tn Pengetua En Mohd Jaluli Bin Hj Yahaya. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengatur perancangan aktiviti pada tahun hadapan di samping memperbaiki kelemahan dalam melaksanakan tugas sepanjang tahun ini.

Guru - guru diberi taklimat berkenaan tugas - tugas mereka pada tahun 2015. Dengan ini semua guru dapat bersedia lebih rapi untuk merancang dan melaksanakan tugasan yang diberi oleh pihak pentadbir.
Guru - guru juga telah dibekalkan buku rekod mengajar, buku maklumat sekolah 2015, marker pen dan kad keluar pelajar. Mesyuarat berkenaan berakhir pada pukul 2.00 petang.

Dokumen penting guru - guru


Guru - guru yang hadir




Dalam mesyuarat itu juga Tuan Pengetua telah menyampaikan Anugerah Fail Kerja Terbaik kepada guru - guru yang telah menyediakan fail kerja mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir.

En Rosle Juraimi
Pn Hjh Nazura Bt Muhamed Nor

Pn Hjh Siti Bt Adnan
Pn Siti Fajar Bt Soim

Pn Norsyahida Bt Ibrahim
En Aziz B Rosman

Ezrul Helmi Bin Muhamad Razali
Pn Siti Mereyan Bt Che Ngah

Pn Rokiah Bt Abdullah
Pn Khasminah Bt Affandi






Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Web Hosting Bluehost