SMK MUNSHI ABDULLAH, 24 APRIL - PPKI SMK Munshi Abdullah telah berjaya mendapat johan keseluruhan dalam Pertandingan Merentas Desa Peringkat Daerah Pendidikan Khas tahun 2024 sekali gus mengekalkan kejuaraan untuk dua tahun berturut-turut. Kejohanan ini berlangsung di SMK Sungai Besar selaku tuan rumah kejohanan ini. PPKI SMK Munshi Abdullah telah menghantar 24 orang peserta untuk menyertai kejohanan.