20 May 2024

PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN GALAKAN MEMBACA

 


SMK MUNSHI ABDULLAH, 20 MEI - Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan satu program galakan membaca khususnya dalam kalangan murid-murid sekolah. Murid-murid membaca bahan bacaan masing-masing dan mencatatkan rumusannya dalam buku rekod bacaan masing-masing. Rekod bacaan murid akan dikumpulkan untuk pengiktirafan berdasarkan jumlah bahan bacaan. Murid juga dapat mempelbagai aktiviti hasil dari bacaan mereka seperti menulis rumusan, huraian,lakonan, bercerita, resensi  buku dan sebagainya. Dengan pelaksanaan PELANCARAAN PROGRAM NILAM DAN GALAKAN MEMBACA ini diharapkan dapat membuka mata warga sekolah tentang kepentingan amalan membaca. Semoga amalan membaca ini menjadi titik mula ke arah perkembangan potensi murid ke arah mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Objektif program ini adalah untuk 

- Memupuk  budaya membaca di kalangan murid-murid

- Menambahkan ilmu pengetahuan dan kosa kata  dalam kalangan murid. 

- Menyokong program galakan membaca NILAM


Kumpulan sasarannya adalah semua murid dan guru  SMK Munshi Abdullah


Semoga program ini dapat dilaksanakan dan memberi  faedah kepada kumpulan sasar  serta mencapai objektif yang digariskan.      






























Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Web Hosting Bluehost