09 March 2024

MESYUARAT PENDIDIKAN KHAS DAN GKMP BIL 1 2024/2025



SMK MUNSHI ABDULLAH, 7 MAC - SMK Munshi Abdullah Sabak Bernam telah mengadakan Mesyuarat GKMP dan Pendidikan Khas bil 1 2024/2025  di lokasi - lokasi yang telah ditetapkan. Mesyuarat Pendidikan Khas dipengerusikan oleh Puan Siti Aida Binti Mokhtar. Manakala Mesyuarat GKMP Bahasa dipengerusikan oleh Tuan Mohd Azhar Bin Mokhtar, Mesyuarat GKMP Teknik&Vokasional dipengerusikan oleh Cikgu Ishak Bin Mohamat Saman, Mesyuarat GKMP Sains & Matematik dipengerusikan oleh Cikgu Rina Binti Abdul Aziz dan Mesyuarat GKMP Kemanusiaan dipengerusikan oleh Cikgu Marina Binti Mohamad Moklas.

Tujuan mesyuarat GKMP dan Pendidikan Khas tersebut diadakan adalah untuk membincangkan tentang pengurusan GKMP dan Pendidikan Khas yang melibatkan perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan untuk sesi 2024/2025 dan dalam masa yang sama memberi makluman kepada guru - guru panitia tentang dasar terkini daripada KPM, JPN dan PPD. 

Pada akhir mesyuarat guru - guru Panitia SMK Munshi Abdullah telah mendapat maklumat dan tugas - tugas untuk dilaksanakan semasa sesi persekolahan sesi 2024/2025 bermula.



                                  






   




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Web Hosting Bluehost