Syarikat Annazhofah Sdn
Bhd merupakan syarikat yang dibentuk di bawah program TUNAS NIAGA (PROTUNE) PKNS-JPNS. Dari tahun 2010, Syarikat
Annazhofah Sdn Bhd mula mengorak langkah yang proaktif di bawah bimbingan Pn
Siti Mereyan Bt Che Ngah dan Encik Amry Mazlin B Ahmad.
Tiga tahun
berturut-turut (2012-2014)meraih kemenangan dalam beberapa kategori di
peringkat KONVENSYEN USAHAWAN MUDA SELANGOR. Antara aktiviti utama syarikat yg
diterajui oleh PENGARAH URUSAN dan empat orang ahli lembaga pengarah serta 20
orang ahli, adalah jualan makanan dan minuman kiosk usahawan,perkhidmatan fotografi
dan studio, menu satu Malaysia, jualan di bazar ramadhan dan lain-lain. Disamping
mmbuat jualan dan mendapatkan keuntungan, mereka perlu membuat sumbangan sama
ada terhadap sekolah atau komuniti. Oleh yang demikian, baru-baru ini pada 1 januari 2015 Syarikat Annazhofah
Sdn Berhad dengan usahasama Jabatan Hospitaliti, Politeknik, MAYC dan SRCC
Sabak Bernam telah melancarkan :
MISI 1: KAMI PRIHATIN
Membantu mangsa banjir
iaitu menghasilkan 6000 roti . Selama dua hari kami bergabung tenaga. Bantuan
di hantar pada hari Sabtu bersamaan 3 januari 2015.
MISI 2: KAMI PRIHATIN
Memasak makanan untuk
mangsa banjir dan membantu membersihkan rumah mangsa. Bergabung dengan pelajar
– pelajar Jabatan Hospitaliti dan Pelancongan Politeknik Sultan Idris Shah,MAYC dan SRCC sabak Bernam. Kumpulan kami di
bahagikan kepada dua kumpulan. Sebahagian untuk memasak dan yang lain pergi
membersihkan rumah-rumah mangsa dan surau.
Kami sangat berpuas
hati dapat menyumbangkan tenaga dalam dua MISI KAMI PRIHATIN ini. Badan - badan NGO juga banyak membantu kami
merealisasikan MISI ini. Kami ingin merakamkan jutaan terimakasih kepada
Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah, Chef Ashfi B Suhadak, En.Noor Asmadi B
Mohd Yahya( sidang Parit Baharu), Pengerusi MAYC,Pengerusi SRCC Sabak Bernam, pensyarah-
pensyarah politeknik,ahli-ahli kelab MAYC
dan kelab SRCC.
Jutaan terima kasih
juga kepada En Mohd Jaluli bin Hj Yahaya pengetua SMK Munshi Abdullah, PK
Kokurikulum dan semua warga SMK MUNSHI ABDULLAH yang sentiasa menyokong
aktiviti Syarikat Annazhofah Sdn Bhd.