29 January 2015

MESYUARAT MENUBUHAN SYARIKAT PROTUNE



29 Jan 2015. mesyuarat penubuhan syarikat PROTUNE yang juga merupakan mesyuarat pertama bagi Annazhofah. Seramai 24 orang telah berjaya dalam sesi temuduga minggu lepas dan tahniah kepada yang berjaya.
Nama SYARIKAT ANNAZHOFAH TUNAS UNGGUL (S.A.T.U) telah dicadangkan dan mendapat  undian majoriti bagi tahun 2015. 






5 orang Ahli Lembaga Pengarah telah dipilih , seorang eksekutif  ICT dan 18 ahli pemegang saham akan menerajui syarikat dan menjalankan operasi syarikat ini bermula1 Februari hingga 30 September 2015. 


Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah jumlah saham, aktiviti-aktiviti, produk jualan serta perkhidmatan. Semua ahli diberi tempoh percubaan selama satu bulan.





Harapan Guru Pembimbing agar ahli - ahli syarikat dapat menimba ilmu dan bijak memanfaatkan masa yang ada supaya " yang dikejar... DAPAT, yg dikendung pun TIDAK keciciran"
Bersatu,Amanah,Komited,berani.. teras kejayaan ANNAZHOFAH.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Web Hosting Bluehost