Kempen Sayangi Buku Teks
Kempen ini bertujuan untuk
menyemai sifat hargai buku teks di kalangan pelajar seterusnya untuk
meningkatkan kesedaran pelajar tentang pentingnya menjaga buku teks mereka
dengan sempurna kerana sejumlah wang yang besar telah dibelanjakan oleh pihak
kerajaan untuk menanggung kos penerbitan buku buku teks untuk semua pelajar di
seluruh Malaysia.
Kempen ini juga adalah untuk meningkatkan tahap penggunaan buku teks di kalangan pelajar di dalam kelas, iaitu pelajar sering kali tidak membawa buku teks semasa proses P&P berlangsung dengan alasan tidak mahu membawa beg berat ke sekolah, walhal perkongsian buku teks diantara pelajar adalah dilarang kerana setiap pelajar telah dibekalkan dengan buku teks SPBT setiap seorang.

Kempen ini akan berlangsung
sepanjang tahun dan beberapa aktiviti akan di jalankan sepanjang tempoh
kempen ini. Di antara aktiviti-aktiviti
yg akan dijalankan ialah:
1. Pemeriksaan semerta di kelas – untuk
memastikan buku teks tidak ditinggalkan di dalam kelas selepas waktu
persekolahan.
2. Klinik buku teks – kaunter perkhidmatan
SPBT akan di buka untuk memberi perkhidmatan
membaik pulih buku SPBT.
3. Penyeliaan buku teks – pemeriksaan
fizikal dan keselamatan buku teks secara berkala yang akan dijalankan oleh
semua guru SPBT.
4. Kaunter aduan pelanggan – pelajar boleh
membuat laporan penemuan atau kehilangan buku teks SPBT.
Adalah diharapkan oleh pihak
sekolah, Kempen Sayang Buku teks ini mendapat kerjasama yang padu daripada
semua pelajar.