11 February 2015

PEMBUBARAN SYARIKAT ANNAZHOFAH



AKTIVITI TEKNIK DAN VOKASIONAL



11 February 2015, aktiviti kokurikulum pada minggu ini difokuskan kepada aktiviti Minggu Teknik Dan Vokasional yang melibatkan beberapa pertandingan yang disertai oleh semua pelajar SMK Munshi Abdullah. Secara keseluruhan penyertaan para pelajar bagi setiap pertandingan yang diadakan amat menggalakkan. 



09 February 2015

PELANCARAN BULAN AKADEMIK 2015(TEKNIK DAN VOKASIONAL)


Bidang teknik memainkan peranan yang penting dalam dunia pendidikan dan pekerjaan. Dekad ini menyaksikan bidang teknik dan vokasional semakin popular dan berkembang pesat berikutan perubahan struktur ekonami Negara dan dunia. Oleh itu sudah sewajarnya pelajar didedahkan dengan kemahiran yang wujud dalam bidang ini. Aktiviti ini akan dijalankan bermula 9 februari hingga 13 februari 2015.


PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PELAJAR - PELAJAR CEMERLANG PT3 2014



9 Februari 2015, pihak sekolah dengan rasa besar hati dan suka cita telah menyampaikan sijil serta hadiah sebagai menghargai serta mengiktiraf pelajar - pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang semasa peperiksaan PT3 tahun 2014.



06 February 2015

PROGRAM MOTIVASI KEMAHIRAN BELAJAR


6 Februari 2015 telah diadakan Program Motivasi Kemahiran Belajar di Dewan SMK Munshi Abdullah. Program motivasi tersebut mensasarkan  pelajar-pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5.
Program ini bertujuan meningkatkan semangat ingin belajar dikalangan pelajar - pelajar yang akan menghadapi peperiksaan awam pada tahun ini. Program ini juga telah memberi pendedahan kepada semua pelajar tentang teknik kemahiran belajar yang betul.


PRA PENDAFTARAN SPM


5 Februari 2015 telah diadakan pra pendaftaran SPM kepada semua pelajar - pelajar tingkatan 5 bertempat di Dewan SMK Munshi Abdullah. Tujuan program ini adalah untuk memastikan para pelajar mengisi borang pendaftaran SPM dengan tepat tanpa sebarang kesalahan. 
En Zawawi Samad sebagai guru yang dipertanggungjawabkan membimbing proses mengisi borang SPM tersebut.

04 February 2015

AKTIVITI KOKURIKULUM -LATIHAN KAWAT UNIT BADAN BERUNIFORM-

4 Februari 2015 aktiviti kokurikulum melibatkan unit badan beruniform. Pengisiannya adalah latihan perbarisan kawat kaki. 
Ini bertujuan untuk mendedahkan kepada semua pelajar tentang disiplin perbarisan kawat kaki. Disamping itu juga membina jati diri dan disiplin dikalangan pelajar - pelajar SMK Munshi Abdullah.

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT MSSD





KURSUS KEPIMPINAN


31 Januari 2015 telah diadakan kursus kepimpinan di Pusat Kecemerlangan Kokurikulum Sabak Bernam yang berlangsung selama 2 hari. Kursus tersebut melibatkan pelajar - pelajar SMK Munshi Abdullah yang memegang jawatan penting di sekolah seperti pengawas sekolah, pengawas perpustakaan dan Ahli Jawatankuasa asrama desa SMKMA.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Web Hosting Bluehost