SELAMAT DATANG KE BLOG SEKOLAH SMK MUNSHI ABDULLAH SABAK BERNAM
 

ARTIKEL TERKINI

Tuesday, March 29, 2011

SAMBUTAN ULANG TAHUN SEKOLAH KALI KE 44


pengetua(tengah) memotong kek sebagai tanda simbolik meraikan ulang tahun SMK Munshi Abdullah sambil diperhatikan c.zamzamy,c.subhi dan c.mahmidah



Secara ringkas sejarah penubuhan SMK Munshi Abdullah

Pendidikan menengah di kawasan Sabak Bernam Barat bermula pada pertengahan tahun 1960an sebelum tertubuhnya Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah(sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Munshi Abdullah). Tarikh itu menunjukkan bahawa pendidikan menengah di kawasan Sabak Bernam Barat agak lewat berbanding dengan tempat – tempat lain . ini mungkin disebabkan oleh factor ekonomi dan social yang menghalang penduduk kawasan ini unutk menerima corak atau system ala barat ini.

Kebanyakan kanak – kanak dan remaja kawasan ini pada masa itu hanya diberi pendidikan pendidikan agama di rumah, masjid,surau atau di rumah guru – guru agama yang tertentu. Bagi ibu bapa yang mampu mereka akan menghantar anak – anak remaja mereka ke sekolah – sekolah pondok yang kebanyakannya terletak di luar negeri Selangor. Terdapat segelintir masyarakat yang menghantar anak – anak mereka untuk menuntut di sekolah menengah yang dianggap secular yang terletak di pecan Sabak Bernam.

Pendidikan menengah kawasan ini bermula dengan terbukanya darjah – darjah menengah yang menumpang di sekolah – sekolah kebangsaan Parit Baru, Sekolah Kebangsaan teluk Rhu,Sekolah Kebangsaan BNO dan sekolah Kebangsaan Sungai Air Tawar. Penubuhan darjah – darjah menengah ini bermula tahun 1965. Jika dibandingkan keempat –empat kelas ini darjah menengah pertama di kawasan ini dicadangkan lokasinya di Parit Baru dengan tapaknya di sekolah Menengah Agama Parit Baru sekarang. Atas sebab – sebab tertentu cadangan awal itu tidak dilaksanakan dan sekolah berkenaan dibina di tapak yang ada sekarang iaitu di kampong Perenggan, Sunagi Air Tawar.

Sekolah ini mula dibina pada tahun 1967 dengan 2 blok yang menempatkan pejabat dan blok yang menempatkan bilik ERT sekarang serta sebuah kantin. Bangunan ini mula digunakan pada 8 Januari 1968 dengan menempatkan murid tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Bangunan awal tersebut dirasmikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu pada 29 Mac 1969. Dengan perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri itu maka termaktublah nama sekolah ini sebagai Sekolah Munshi Abdullah(SMA).

Pada tahun 1975, 2 blok bangunan baru dibina, yang sekarang menempatkan perpustakaan dan bengkel Seni perusahaan(Kemahiran Hidup). Pada tahun 1980 sebuah lagi bangunan yang mempunyai 2 buah makmal untuk memudahkan aliran sains tingkatan empat dan lima. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Dato’ Musa b Hitam. Meneri Pendidikan Malaysia waktu itu pada 14 Jun 1981. Bangunan yang paling akhir dibina ialah blok yang menempatkan bilik guru sekarang, selari dengan blok perpustakaan. Ia dibina pada tahun 1988.

Bangunan – bangunan lain bagi memenuhi keperluan pendidikan di sekolah turut dibina seperti tempat meletak basikal di hadapan dan belakang blok pentadbiran. Musolla(surau) juga didirikan bagi memudahkan guru- guru , kakitangan dan murid sekolah ini menunaikan solat serta bagi tujuan pengajaran Pendidikan Islam. Bangunan ini dibina pada tahun 1983 hasil derma orang ramai. Sekolah ini juga mempunyai sebuah asrama desa yang menempatkan menempatkan 50 orang pelajar perempuan. Pengambilan pertama pelajar untuk menduduki asrama dibuat pada tahun 1991. Paling akhir sekolah ini dihadiahkan sebuah studio Pendidikan Seni oleh Dato’ ramli b hj Norani (ADUN Kawasan Sungai Besar). Perasmian bangunan ini dilakukan oleh beliau sendiri pada 16 Ogos 1996.

Mulai tahun 1997 sekolah ini tidak lagi dikenali sebgai Sekolah Menengah Munshi Abdullah, tetapi Sekolah menengah Kebangsaan munshi Abdullah mengikut pekeliling yang diluluskan oleh kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 1998, 3 bangunan dalam pembinaan iaitu bilik kebal, bangunan kelas 4 tingkat dan bangunan kemahiaran hidup.

Related Posts with Thumbnails